• Scha-Awal Buka Butik

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Memilih Jakel Square sebagai lokasi pertama butik mereka, jenama pakaian SchAwal kini sudah dibuka untuk pembeli dan para peminat mereka.

    Menumpukan kepada koleksi pakaian sedia pakai dan wangian terbaharu di bawah jenama #schawal, butik yang terletak di Jakel Mall tersebut menjadi signifikan kepada minat pasangan ini yang gemar kepada dunia fesyen.

    “Kami terlibat secara langsung dalam rekaan serta pemilihan kain apabila setiap koleksi adalah hasil dari minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.

    “Rekaan kami lebih menumpukan kepada pakaian kasual. Untuk Scha sendiri, dia sangat mementingkan kesesuaian setiap fesyen untuk mereka yang bertudung juga,” kata Awal.

    Sementara itu, Scha dan Awal juga turut melancarkan dua wangian terbaharu iaitu Noir dan Silver Rose yang didatangkan khas dari Sepanyol.

    “Noir wangian khusus untuk lelaki dengan bau yang lebih maskulin manakala Silver Rose tampil manis dengan bunga-bungaan segar untuk golongan wanita.

    “Lelaki cenderung memilih bauan yang agak macho dan ini lah wangian yang akan disukai semua,” ujar Awal lagi pada majlis pelancaran butik pertama mereka dan juga minyak wangi tersebut di Jakel Mall, di sini.

    Minyak wangi Noir dan Silver Rose dijual pada harga RM49, manakala butik SchAwal menjual pelbagai koleksi yang trendy pada harga RM89 hingga RM289.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Scha-Awal Buka Butik "