• Saya Mahu Mandi Dulu

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    CHUKAI: “Saya mau mandi dulu,” kata seorang lelaki Thailand ketika ditahan anggota Jabatan Imigresen kerana tinggal secara haram di daerah ini sejak dua tahun lalu.

    Lelaki dari Wilayah Yala berusia 41 tahun itu meminta izin mandi sebaik diarah mengenakan pakaian sebelum dibawa keluar dari kediaman sewanya di Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, di sini, jam 1.30 pagi, semalam.

    Ketika serbuan, lelaki yang hanya mengenakan tuala mengambil masa 15 minit membuka pintu rumah yang didiami bersama isterinya berusia 53 tahun.

    Dalam serbuan berasingan di Kampung Gong Pauh pada jam 4 pagi pula, dua lelaki Indonesia berusia 35 dan 37 tahun nekad bersembunyi di bawah rumah di dapur.

    Dua suspek berasal dari Surabaya itu cuba mengelak dicekup sebaik menyedari kediaman sewanya diserbu anggota imigresen.

    Pengarah Jabatan Imigresen Terengganu Wan Suhaini Wan Mohamad berkata, Op Ikrar di beberapa kampung sekitar Chukai dan Kijal dijalankan dengan pembabitan 13 pegawai dan anggota diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI) Md Awal Ludin Mohd Ali.

    Menurutnya, seramai 13 pendatang haram membabitkan tiga wanita dan 10 lelaki Thailand dan Indonesia ditahan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Saya Mahu Mandi Dulu "