• 'Saya Berhak Tewaskan Federer'

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    NEW YORK: Juan Martin Del Potro menceriakan penyokongnya dan berasa berhak menewaskan Roger Federer pada aksi suku akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), semalam.

    Kemenangan itu menyaksikan pemain Argentina berkenaan akan bertemu pilihan utama, Rafael Nadal bagi merebut tempat ke pentas final.

    Tampil sebagai pilihan ke-28, Del Potro melakar kemenangan ke atas juara Grand Slam 19 kali itu 7-5, 3-6, 7-6 (10/8), 6-4 di Stadium Arthur Ashe - gelanggang yang dikuasai Federer sejak sedekad lalu.

    "Saya fikir ia juga seperti rumah saya. Anda membuatkan saya gembira setiap kali saya bermain di sini dan saya suka dengan sokongan semua," katanya.

    Del Potro berharap dapat mengulangi kejayaan menewaskan Nadal pada 2009 sebelum bertemu Federer di pentas final bagi merangkul gelaran Grand Slam pertamanya di Terbuka AS.

    "Saya harap mampu mengulangi keputusan itu ketika berdepan Rafa. Penyokong mungkin menyukarkan keadaan tetapi saya harap kamu terus menyokong saya.

    "Dia pemain nombor satu dunia tetapi dengan sokongan luar biasa seperti ini, tiada apa yang mustahil," katanya.

    Sementara itu, Nadal mara ke separuh akhir selepas menewaskan pemain muda Russia, Andrey Rublev 6-1, 6-2, 6-2 dalam satu lagi aksi suku akhir. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 'Saya Berhak Tewaskan Federer' "