• Sarikei Akan Bangkit Dari ‘Bandar Mati’

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+
    Sarikei atau lebih dikenali sebagai 'Bandar Nenas' suatu ketika dahulu digelar sebagai bandar mati kerana tidak terlalu menyerlah pembangunannya berbanding bandar lain di negeri ini, walaupun Sarikei masih kekal sebagai pengeksport lada terbaik dunia.

    Namun segalanya bakal berubah pada masa hadapan. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Sarikei menjadi salah satu perkampungan ekonomi digital serta diwartakan sebagai Taman Agro untuk menghasilkan produk pertanian utama negeri ini.

    Yang penting penduduk Sarikei harus menggunakan tanah yang disukat dan diberi sah milik oleh kerajaan dengan aktiviti pertanian yang akan menjana pendapatan tinggi dan bukan menyalahguna tanah tersebut dengan menjualnya kepada pihak lain.

    Dengan terpilihnya Sarikei dalam ekonomi digital dan Taman Agro, penduduk haruslah merebut peluang sebegini supaya pembangunan ekonomi penduduk akan meningkat dan berkembang maju.

    Perancangan kerajaan itu menjadikan Sarikei berkembang maju seiring bandar lain di negeri ini dan dengan sendirinya akan bangkit daripada jolokan ‘bandar mati’. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sarikei Akan Bangkit Dari ‘Bandar Mati’ "