• Sarawak Terpinggir Bukan 6 Tahun

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+
    Ketidakpuasan hati terhadap kepimpinan kerajaan hari ini menyebabkan masyarakat Sarawak berpecahbelah. Begitulah kenyataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyentuh tentang apa yang berlaku di negeri ini.

    Isu utamanya berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mempunyai pelbagai versi dan rentetan, malah pihak pembangkang di negeri ini mengambil kesempatan mempolitik hal tersebut.

    Bila diamati, memang benar seperti apa yang dinyatakan oleh Abg Jo. Bermula daripada pertikaian MA63 sehingga timbul sikap membenci kerajaan dan pemimpin. Ada yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib berkaitan Sarawak tidak mengagihkan pembangunan dengan adil dan menidakkan MA63 yang begitu penting buat Sarawak.

    Dalam hal tersebut, apa signifikannya Najib dipersalahkan sedangkan selama enam tahun kepimpinannya beliau telah begitu banyak membantu Sarawak untuk mendapat pembangunan sepatutnya. Pada masa sama Najib membuka pintu perbincangan berkaitan MA63 untuk mengembalikan hak Sarawak yang terhakis. Malah dari kepimpinan Tok Nan dan hari ini Abg Jo begitu menghargai kepimpinan Najib kerana mendengar suara dari Sarawak.

    Malangnya, ramai yang menyalahkan Najib bila Sarawak ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan sedangkan negeri ini terpinggir bukan hanya pada zaman Najib, malah lebih dari itu.

    Mereka lupa Mahathir yang memerintah semasa 22 tahun dengan mengabaikan Sarawak, kerana kini Mahathir telah menjadi idola pembangkang . Banyak hal yang tidak adil untuk Sarawak ketika Mahathir jadi pemimpin dan agihan peruntukkan jelas tidak mencukupi untuk pembangunan Sarawak yang memiliki faktor geografi yang luas.

    Hakikatnya Najib lebih prihatin soal pembangunan Sarawak dan pelbagai inisiatif diambil pendekatan agar Sarawak setaraf pembangunan seperti Semenanjung dan Isu MA63 terus menjadi perkara yang penting. Jadi Najib lebih banyak memperdulikan Sarawak walaupun baru enam tahun menjadi Perdana Menteri, berbanding Mahathir yang memimpin 22 tahun yang menyaksikan Sarawak ketinggalan. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Terpinggir Bukan 6 Tahun "