• Sarawak Terbuka Untuk 'Octoberfest'

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya Octoberfest diraikan di negeri ini, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia & Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

    Menurutnya, Octoberfest bukanlah pesta arak seperti yang didakwa golongan ektremis, dan ia adalah salah satu festival untuk meraikan sesuatu kebudayaan. 

    "Octoberfest adalah festival kebudayaan bagi orang Jerman yang diraikan dengan pelbagai jenis makanan. Kamu perlu tahu minum bir, itu perkara biasa bagi mereka," katanya pemberita selepas sidang media mengenai Regatta Sarawak semalam.

    Selain itu, beliau turut tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan beberapa ekstremis bahawa Octoberfest adalah perayaan bir.

    "Di sini ia dianggap Oktoberfest dan saya tidak fikir ia adalah satu kesalahan untuk anda minum bir jika anda adalah seorang peminum tegar," ujarnya

    Mengulas lanjut, beliau turut berkata festival berkenaan sama seperti Sambutan Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Dayak setiap tahun di Sarawak dimana pelbagai makan dan minuman disajikan.

    Tambahnya lagi, dengan adanya festival berkenaan ia dapat meningkatkan kemasukan pelancong asing mahupun penduduk luar ke negeri ini.

    "Saya rasa Octoberfest baik untuk industri pelancongan negeri disamping kita juga boleh mempromosikan budaya Sarawak kepada pelancong asing,"  - Sarawakiana
  • No Comment to " Sarawak Terbuka Untuk 'Octoberfest' "