• Sarawak Enggan Terlibat Sebarang Bantuan Terhadap Rohingya

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak mungkin negeri pertama yang akan menolak sebarang bentuk kerjasama dengan kerajaan pusat dalam usaha membantu komuniti Rohingya yang sedang berhadapan krisis kemanusiaan di wilayah Rakhine, Myanmar.

    Ianya berikutan bantahan pelbagai peringkat termasuk pemimpin politik yang mengecam hasrat kerajaan persekutuan untuk melaksanakan bantuan kemanusiaan terhadap komuniti Rohingya.

    Di  media sosial, majoriti rakyat Sarawak membantah usaha tersebut dengan memberi amaran akan bertindak balas jika kerajaan negeri menyokong bantuan kemanusiaan oleh kerajaan persekutuan.

    Meskipun kerajaan pusat tidak pernah menjelaskan sebarang peranan Sarawak dalam misi kemanusiaan tersebut, namun segelintir pemimpin dan rakyat Sarawak awal-awal lagi telah menyuarakan bantahan.

    Malah Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael pada Sabtu memberitahu, Sarawak akan menentang sebarang usaha untuk menempatkan pelarian Rohingya di negeri ini.

    "Kami menentang sepenuhnya, Bagaimana mungkin kita dapat menerima mereka?,” katanya dipetik The Malay Mail

    Kenyataan Manyin menjadi tular dan mendapat sokongan netizen dari pelbagai kaum dan agama yang rata-rata mahu kerajaan Sarawak tidak terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan tersebut, sebaliknya harus menumpukan pada kebutuhan rakyat sendiri.

     
     
     
     
     

    Bagaimana pun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang bertindak sebaliknya dengan menyatakan sokongan terhadap bantuan kemanusiaan yang dirancang kerajaan.

    Menurut Idris, beliau berharap kerajaan Malaysia dengan kerjasama kerajaan Negeri mencari jalan sebaik-baiknya yang termampu untuk menghulur apa saja bantuan.

    "Secara peribadi dan atas dasar perikemanusiaan dan kerana Allah kita harus memikir cara menolong membantu mangsa mangsa " atorocity" ronghingya yang dibunuh dengan kejam sekali di-myanmar ... Ia nya atas dasar perikemanusiaan!!!," katanya menerusi akaun Facebook Idris Buang AL-Hajj.

    Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Myanmar membenarkan PBB siasat isu Rohingya, keputusan itu dibuat oleh anggota OIC pada mesyuarat ketua-ketua negara dan anggota negara badan itu di luar Sidang Kemuncak Sains dan Teknologi OIC di Astanam, Kazakhstan, pada Ahad.

    Mesyuarat itu juga menyatakan kebimbingan serius terhadap kekejaman sistematik tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya di negara itu yang menyebabkan lebih 270,000 penduduk Islam itu melarikan diri ke Bangladesh. - Sarawakiana

  • No Comment to " Sarawak Enggan Terlibat Sebarang Bantuan Terhadap Rohingya "