• Sarawak Bakal Melahirkan Ramai Usahawan Ekonomi Digital

    Published: Wednesday, 20 September 2017
    A- A+
    Bila melihat kepada pembangunan drastik yang dilakukan oleh kerajaan pusat dan negeri, pelbagai bentuk pembangunan akan berkembang lebih pesat pada masa yang terdekat. Bermula daripada perhubungan jalan yang terbaik seperti Lebuhraya Pan Borneo, masyarakat yang berada di laluan lebuhraya tersebut akan menikmati faedah yang begitu besar dalam bidang usahawan walaupun sebagai peniaga kecil-kecilan.

    Untuk menyokong usahawan sedemikian, kerajaan mencari inisiatif terbaik agar usahawan tersebut dapat mengembangkan pasaran produk perniagaan. Antaranya adalah menyediakan platform seperti ekonomi digital yang memberi impak memperluaskan lagi pasaran produk. Pada masa sama usahawan dalam pertanian turut menikmati faedah yang tidak terjangka sebelum ini.

    Melalui kaedah teknologi digital, usahawan pertanian dapat berhubung terus kepada pelanggan tanpa memerlukan khidmat orang tengah dan hal sebegini akan memberi kelebihan secara langsung kepada usahawan. Pada masa sama usahawan tani dapat mentranformasi cara pertanian kepada lebih moden dan jimat masa.

    Ia bukanlah seperti mimpi sahaja kerana kerajaan Sarawak melaksanakan peningkatan data internet yang berkelajuan tinggi dalam tempoh dua tahun dari sekarang dan peruntukkan RM1 bilion diperuntukkan untuk melaksanakannya seperti yang diumum oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

    Memang dijangka Sarawak akan menghadapi peningkatan usahawan daripada berbagai bidang pada masa akan datang kerana kemudahan tersebut dapat menarik minat ramai lagi rakyat negeri ini untuk berniaga. Impak daripada prasarana yang disediakan oleh kerajaan, perniagaan akan lebih menjadi mudah dan hasil jualan akan meningkat. 

    Hal sedemikian akan melonjakkan lagi peningkatan ekonomi negeri dan sasaran sebagai negeri berpendapatan tinggi pada tahun 2030 akan terlaksana. Sekarang hanya terpulang kepada rakyat untuk menerima usaha yang kerajaan laksanakan sama ada mahu terlibat atau tidak.

    Subjects:

  • No Comment to " Sarawak Bakal Melahirkan Ramai Usahawan Ekonomi Digital "