• Sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan 10 September

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    LABUAN – Sambutan Hari Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2017 akan diadakan pada 10 Sept ini mulai jam 7 pagi di Dataran Labuan.

    Sambutan itu akan dimeriahkan dengan perarakan perbarisan kontinjen 80 buah agensi kerajaan dan swasta, badan beruniform, institusi pengajian awam dan swasta, sekolah, tadika perpaduan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) serta badan bukan kerajaan (NGO).

    Anggota Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli akan merasmikan sambutan itu yang turut dibarisi dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, bacaan ikrar, deklamasi puisi, persembahan kebudayaan serta penyampaian hadiah pertandingan keceriaan negaraku.

    Rozman berkata program tahunan ini mampu menyuntik semangat patriotik selain menerapkan kesetiaan kepada negara.

    Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2017, Azhar Ahmad berharap agar warga Labuan dapat hadir beramai-ramai bagi memeriahkan sambutan tersebut. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Sambutan Hari Malaysia Peringkat Labuan 10 September "