• Sambutan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Penuh Warna-Warni

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Untuk julung kalinya, Dataran Perayaan akan menjadi venue bagi perbarisan rapat rasaksa sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ke-81 pada 9 September ini nanti.

    Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, perbarisan rapat rasaksa itu akan bermula pada jam 7 pagi dan bakal disertai 81 kontinjen yang melibatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar sekolah.

    Memetik laporan Utusan Borneo, timbalan ketua menteri menjelaskan sambutan yang sering diadakan di Padang Merdeka terpasa ditukar ke Dataran Perayaan disebabkan kerja-kerja yang sedang berjalan di Padang Merdeka.

    "Upacara ini akan turut diserikan dengan persembahan padang oleh para belia termasuk program yang penuh warna warni," kata beliau.

    Tambahnya, acara seterusnya disusuli dengan istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri oleh Yang di-Pertua Negeri di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pukul 11 pagi.

    "Pada sebelah malam, orang ramai akan dihiburkan dengan konsert di Dataran Perayaan oleh penyanyi-penyanyi terkenal tempatan dan Semenanjung Malaysia seperti Azharina, Bob AF, Ricky Andrewson dan ramai lagi," jelasnya. - Sarawakiana


  • No Comment to " Sambutan Hari Jadi Yang Dipertua Negeri Penuh Warna-Warni "