• Saling Memahami Antara Ahli Tunjang Kekuatan PBB

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Budaya saling memahami antara ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu terus dipertahankan kerana ia menyumbang kepada parti tersebut.

    Memetik laporan The Borneo Post, Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi berkata, ahli sayap Pesaka dan Bumiputera PBB sentiasa menyemai budaya saling memahami bagi mengelak berlaku konflik dan pertelagahan antara mereka.

    "Jadi, kita kuat dalam pelbagai aspek termasuk saling memahami termasuk dalam struktur jawatan.

    "Saya fikir selagi budaya saling memahami dan hormat diamalkan, parti ini akan bertambah kuat," katanya.

    Beliau turut menggesa setiap unit PBB untuk terus bekerja keras dan sentiasa bekerjasama.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " Saling Memahami Antara Ahli Tunjang Kekuatan PBB "