• Salah Siar Bendera, Pegawai Berita RTM Digantung Tugas

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    Pegawai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) digantung tugas dua minggu selepas stesen televisyen itu tersilap menyiarkan bendera negara bertanding di Sukan SEA KL2017.

    Ketua pengarah penyiaran berkata beberapa pegawai lain juga diberi amaran namun identiti mereka tidak didedahkan.

    “Perkara ini kena ikut prosedur operasi standard (SOP). Kalau ikut insya Allah tidak ada masalah.

    “Apa-apa maklumat yang kita siarkan kena melalui saringan dahulu, tidak boleh dibiarkan lepas begitu saja,” kata Datuk Abu Bakar Ab Rahim kepada mStar Online.

    Bendera negara yang menyertai KL2017 bertukar antara satu sama lain ketika jumlah pungutan pingat diumumkan melalui berita Tamil di TV2 24 Ogos lalu.

    Lapan bendera negara yang bertukar itu ialah Vietnam, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Laos.

    RTM dilaporkan sudah membuat permohonan maaf melalui saluran berita di TV1.

    Abu Bakar berkata insiden sama akan dipastikan tidak berulang dalam Sukan Para Asean yang bermula 17 hingga 23 September ini. - Malaymail

    Subjects:

  • No Comment to " Salah Siar Bendera, Pegawai Berita RTM Digantung Tugas "