• Saham FGV Naik Dalam Dagangan Awal

    Published: Monday, 11 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Bursa Malaysia mendapat tarikan pada awal dagangan hari ini apabila Pengerusi baharunya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, berjanji untuk memulihkan syarikat itu serta menyelesaikan isu-isu dalam kumpulan.

    Pada jam 10.19 pagi, kaunter itu meningkat tujuh sen kepada RM1.71 dengan 13.45 juta saham diniagakan.

    Azhar dijadualkan mempengerusikan dua mesyuarat pada hari pertama beliau bertugas hari ini.

    Mesyuarat pertamanya adalah dengan kakitangan pengurusan utama diikuti kemudiannya mesyuarat kedua pada 3 petang dengan ahli lembaga pengarah.

    Dalam laporan berita pada Sabtu, Azhar berkata, beliau akan melakukan yang terbaik untuk memulihkan FGV di samping menokok nilai kepada syarikat pertanian dan agro-komoditi dunia itu.

    "Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memulihkan keyakinan dalam syarikat dan juga memastikan semuanya dilakukan dengan betul ... jadi, jika ada perkara yang samar-samar kami perlu selesaikannya.

    "Dan saya juga mahu memastikan kami menyelesaikan isu berkaitan dengan ketua pegawai eksekutif secepat mungkin," katanya. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Saham FGV Naik Dalam Dagangan Awal "