• Sah Penyanyi ‘Gelandangan’ Itu Hazama

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Beberapa hari lepas kecoh di laman sosial tentang seorang gelandangan yang telah mencuri perhatian dengan suara lunaknya di kawasan Bukit Bintang.

    Suaranya sangat familiar, macam pernah didengar tapi ramai yang masih tertanya-tertanya siapakah pemilik suara hebat ini disebalik penampilannya yang compang-camping.

    Rupa-rupanya, lelaki itu adalah Hazama!

    Penyanyi itu sebenarnya berpenampilan sebegitu kerana terlibat dalam satu projek bersama dengan Rocketful Network.

    Malah, mereka yang terlibat di sebalik tabir projek tersebut telah memuat naik sebuah video di laman YouTube untuk mengesahkan lelaki tersebut sememangnya Hazama.

    “Di sini, Rocketfuel ingin mengesahkan bahawa pengemis itu sebenarnya penyanyi terkenal.. Hazama,” tulisnya.

    Menurut pihak Rocketfuel, projek tersebut dibuat untuk memberi kesedaran kepada netizen.

    “Projek video viral ini dibuat untuk mengingatkan orang supaya jangan menilai orang lain dari paras rupa mereka sahaja,” tulisnya lagi.

    Menerusi video berdurasi 4 minit 44 saat itu, jelas menunjukkan proses makeover Hazama dari muka asalnya menjadi seorang gelandangan.

    Tambahan pula, Hazama turut mengesahkan penyamaran ini dengan menyatakan lagu Aku Yang Sebenar yang dinyanyikan itu tidak dapat dihabiskan.

    “Saya tak boleh habiskan lagu saya lah. Dia punya sound system mati pula.

    “Alhamdulillah, projek hari ini berjaya sebab saya nak menyanyi sebagai orang biasa,” katanya.

    Yalah..menyanyi di atas pentas lain feelnya jika nak dibandingkan menyanyi dalam ersekitaran yang memang dipenuhi dengan orang ramai.

    Dalam pada itu, Juara Akademi Fantasia 9 ini juga sempat mengingatkan pendengar-pendengar nyanyiannya semasa penyamaran tadi untuk mengundi lagu Aku Yang Sebenar di radio. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

    Subjects:

  • No Comment to " Sah Penyanyi ‘Gelandangan’ Itu Hazama "