• Russia Musnah Senjata Kimia Terakhir

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    MOSCOW: Russia akan memusnahkan senjata kimia terakhirnya, umum Presiden Vladimir Putin sambil menyifatkan langkah itu satu 'peristiwa bersejarah' dan menuduh Amerika Syarikat tidak mematuhinya.

    "Hari ini senjata kimia terakhir daripada stok lama senjata kimia Russia akan dimusnahkan," kata Putin dalam ucapannya di televisyen.

    Presiden Russia yang turut menggunakan ucapan itu untuk mengecam Washington, mendakwa Amerika Syarikat tidak melaksanakan tanggungjawabnya pada peringkat antarabangsa sepenuhnya.

    "Malangnya, Amerika Syarikat tidak melaksanakan tanggungjawabnya, terutama dalam menepati tempoh masa yang diberikan untuk memusnahkan senjata mereka.

    "Setakat ini, sudah tiga kali mereka menangguhkan tempoh itu," kata Putin yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Russia.

    Putin berkata, Washington menangguhkan rancangan untuk memusnahkan senjata kimianya atas alasan dana yang tidak mencukupi, alasan yang disifatkan Putin sebagai 'kelihatan sedikit ganjil.' - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Russia Musnah Senjata Kimia Terakhir "