• Rusia Ugut Haramkan Facebook

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+


    MOSCOW - RUSIA. Kerajaan Rusia akan mengharamkan laman sosial Facebook pada 2018 jika Facebook gagal mematuhi undang-undang tempatan.

    Ketua Perkhidmatan Komunikasi Persekutuan, Alexander Zharov mengatakan undang-undang penyimpanan data peribadi domestik adalah 'wajib dipatuhi oleh semua'.

    "Dalam semua kes, kami memastikan undang-undang tersebut dipatuhi, atau pihak terlibat berhenti bekerjasama dengan Rusia. Tiada pengecualian," kata Alexander dipetik laporan CNN Money.

    Kata Alexander, agensinya belum menghubungi Facebook dan menegaskan Facebook perlu berusaha menyelesaikan isu tersebut.

    Undang-undang penyimpanan data peribadi dikuatkuasakan di Rusia pada September 2015 dan memerlukan pihak terlibat yang mengumpul data rakyat disimpan di negara tersebut.

    Laman sosiap profesional, LinkedIn telah diharamkan di Rusia pada November 2016 kerana gagal mematuhi undang-undang berkenaan.

    Alexander memberitahu, laman mikro Twitter telah bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut bermula 2018.

    Facebook dan Twitter gagal memberikan komen mengenai isu tersebut.

    Subjects:

  • No Comment to " Rusia Ugut Haramkan Facebook "