• Rumah Rakit Milik Warga Amerika Tersangkut

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    MIRI: Sebuah rumah rakit milik warga Amerika Syarikat yang dihanyautkan arus deras ketika menyusuri Sungai Limbang tersangkut pada besi kapal lama di sini sekitar  jam 8 pagi tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jonathan Wayne, 71 seorang pelancong warganegara asing berasal dari Amerika Syarikat memulakan pelayaran dari hulu bandar Limbang dan mula menyusuri sungai Limbang semasa air sungai sedang surut menuju muara sungai.

    “Arus sungai yang sangat deras menyebabkan rumah rakit tersebut gagal dikawal dan terus dihanyutkan arus hingga ke tebing sungai namun beliau bernasib baik apabila rumah rakit tersangkut pada besi kapal lama di tepi sungai Limbang,” katanya.

    Pasukan Bomba berusaha untuk menarik rumah rakit dengan bantuan bot orang awam yang lebih besar dan sebuah Bot Polis Marin bagi membantu menunda dan rumah rakit tersebut ditambat di Kampung Pebahanan.

    Jonathan dikatakan memulakan pelayaran bersendirian dari bandar Limbang menggunakan rumah rakit untuk ke destinasi berikutnya ke Negara Brunei Darussalam dan seterusnya ke Kuching untuk merakamkan pemandangan sungai Limbang.

    Tiada sebarang kecederaan dan beliau akan bermalam semalam di Limbang sebelum meneruskan perjalanan esok. – Sarawakiana

  • No Comment to " Rumah Rakit Milik Warga Amerika Tersangkut "