• Rumah Panjang Kebuaw Akan Dihubungkan Dengan Jalan Utama Pada November

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+
    IGAN : Jalan dan Tiga Jambatan I-Beam akan dibina bagi menghubungi rumah panjang yang berada di kawasan Kebuaw dengan jalan utama di Matu.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Dato' Dr Juanda Jaya menyerah surat lantikan kontraktor kepada tiga kontraktor yang telah dipilih oleh Pejabat Residen Mukah.

    "Saya berterima kasih kepada kerajaan pusat yang meluluskan peruntukkan sebanyak RM900 ribu untuk membina 3 buah jambatan tersebut.

    "Saya turut menegaskan agar kontraktor yang dilantik akan menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak akan ada tempoh lanjutan," katanya menerusi akuan Facebook hari ini.

    Menurut Juanda, penduduk memang berasa sangsi terhadap kontraktor yang dilantik kerana tiga kontraktor tersebut adalah orang luar dan bukan anak tempatan.

    "Namun saya meminta penduduk berdoa agar segala urusan dipermudahkan.

    "Pada masa sama saya menekankan agar kontraktor terbabit tidak mengambil mudah projek tersebut yang dijadualkan siap pada 30 November 2017 dengan kualiti yang ditetapkan," ujarnya.

    Beliau menegaskan, dua asas tersebut harus diingat oleh kontraktor agar usaha mendapat peruntukkan yang bermula sejak 2016 tidak akan disia-siakan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Rumah Panjang Kebuaw Akan Dihubungkan Dengan Jalan Utama Pada November "