• Rompakan Bersiri Kedai Serbaneka 24 Jam, 2 Lelaki & Seorang Wanita Ditahan

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+


    KUCHING: Polis Kuching menahan tiga individu dipercayai terlibat dalam kes rompakan bersiri di beberapa buah kedai serbaneka 24 jam di sekitar bandaraya ini sejak beberapa hari lalu.

    Hasil tindakan pantas pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching yang diketuai oleh ASP Ooi Jin Bing sebuah bilik sewa di Batu 7 Padawan pada jam 8.30 diserbu malam tadi dan menahan tiga individu yang terdiri daripada dua lelaki serta seorang wanita .

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, suspek yang berusia 19 hingga 26 tahun ditahan positif dadah jenis methamphetamine dan ketiga-tiga suspek tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

    Jelasnya, wanita terbabit terlibat sama dalam keempat-empat rompakan yang dilaporkan berlaku.

    “Dalam kejadian 4 September lalu pada jam lebih kurang 3 pagi, sebuah kedai sebaneka 24 jam di Kota Sentosa didatangi dua individu yang memakai topi keledar bertutup penuh dengan bersenjatakan kayu serta samurai melarikan wang tunai sebanyak RM600 sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Saga.

    “Kejadian kedua yang berlaku semalam pada jam lebih kurang 4 pagi di kedai serbaneka 24 jam di MTLD Kota Samarahan juga bersenjatakan peralatan yang sama melarikan wang tunai sebanyak RM835 dan beberapa kotak rokok.

    “Pada hari yang sama lebih kurang jam 5 pagi sebuah lagi kedai di Stutong turut disamun dan melarikan wang tunai sebanyak RM1500 dan beberapa kotak rokok sebelum melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuhraya Kuching-Samarahan mengakibatkan penunggang motosikal yang berusia 18 tahun itu terjatuh dan cedera di lututnya pada jam 12.30 tengah hari hari yang sama sambil menghunuskan pedang samurai dan memaksa mangsa menyerahkan telefon bimbit, dokumen pengenalan diri dan wang RM16.” katanya.

    Ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuching petang ini untuk mendapatkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan polis.

    Kes kini disiasat mengikuti Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

    Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal turut mengucapkan syabas dan tahniah atas tindakan pantas anggota IPD Kuching menangkap kumpulan ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " Rompakan Bersiri Kedai Serbaneka 24 Jam, 2 Lelaki & Seorang Wanita Ditahan "