• Rohingya: Netizen Cabar Usul Tergempar Di DUN Sarawak

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Seorang pengguna Facebook di Sarawak hari ini membuat cabaran agar krisis kemanusiaan Rohingya dijadikan usul tergempar pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

    Penama yang menggunakan akaun Facebook Shang Sebastine Linang membuat cabaran agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang membawa isu berkenaan sebagai usul tergempar pada persidangan DUN sebagai bukti keperihatinannya terhadap Rohingya.

    Menurutnya, cabaran itu memandangkan Idris mempunyai kuasa sebagai ADUN untuk membawa usul tersebut, dan ianya untuk membuktikan Idris Buang benar-benar prihatin dengan melebihi keprihatinan rakyat Sarawak terhadap Rohingya.

    “Kalau Idris Buang benar2 perihatin dengan melebihi keprihatinan kami rakyat Sarawak terhadap Rohingya saya cadangkan Idris Buang membawa usul tergempar dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang memandangkan beliau mempunyai kuasa sebagai ADUN Muara Tuang.

    “Saya cabar Idris Buang membawa usul ini memandangkan DUN Sarawak adalah suara majoriti untuk rakyat Sarawak. Itupun kalau beliau ada "TELUR" bukan hanya bercakap tidak serupa bikin!,” katanya menerusi ruangan komentar Facebook portal Sarawakiana

    Cadangan Shang Sebastine Linang segera mendapat sokongan daripada rakan-rakannya.- Sarawakiana


  • No Comment to " Rohingya: Netizen Cabar Usul Tergempar Di DUN Sarawak "