• RM1 Billion Digunakan Untuk Lengkapkan Internet Di Sekolah Luar Bandar

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+

    KUCHING:  Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mendapat kata sepakat dalam memastikan sekolah di luar bandar dilengkapkan dengan kemudahan internet bagi memastikan setiap generasi akan datang mengenal serta mengetahui mengenai kepentingan digital sekaligus akan melahirkan individu berbakat dalam bidang digital.

    Ia adalah hasil perbincangan diantara Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di Sibu kelmarin dan mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

    "Kita mahu melengkapkan semua sekolah luar bandar dengan kemudahan internet, ia melibatkan kos sekitar RM1bilion,"katanya.

    Abang Jo berkata,  inisiatif tersebut telah diteliti dan pihak kerajaan negeri akan menggunakan dana sendiri menerusi Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) berjumlah RM1 bilion bagi menaiktaraf infrastruktur internet sekolah luar bandar.

    Menurutnya, dalam mesyuarat berkenaan Zahid memberitahu kerajaan persekutuan akan membayar balik dana yang diperuntukan oleh kerajaan negeri bagi tujuan tersebut.

    Jelasnya, pembayaran balik ini perlu kerana kerana pendidikan adalah di bawah tanggungjawab persekutuan.-Sarawakiana
  • No Comment to " RM1 Billion Digunakan Untuk Lengkapkan Internet Di Sekolah Luar Bandar "