• Riot Bayangkan PRU14 Tidak Lama Lagi

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    Biarpun tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terus menjadi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot percaya ia akan berlaku dalam masa terdekat berdasarkan beberapa bayangan diberikan.

    "Perdana Menteri memberi bayangan beberapa kali pilihan raya akan diadakan lebih awal daripada yang dijangkakan, jadi bersiap sedia," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Ahli Parlimen Serian bagi tempoh enam penggal itu berkata, beliau akan mempertahankan kerusi tersebut pada PRU14 dan berharap akan menang dengan majoriti lebih besar.

    "Anda mahu tahu jika saya mempertahankan kerusi ini, jawapannya ya. Saya bekerja untuk meningkatkan majoriti berbanding sebelum ini," ujarnya.

    Menurutnya, adalah penting untuk mencatat majoriti besar bagi mencerminkan sokongan terhadap kepimpinan beliau dan lebih banyak projek dilaksanakan di Serian.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Riot Bayangkan PRU14 Tidak Lama Lagi "