• Richard Riot Tiba di SPRM Beri Keterangan Kes Penyelewengan RM40 Juta

    Published: Friday, 29 September 2017
    A- A+

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan dipercayai berhubung penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sebanyak RM40 juta.

    Beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada pukul 10.03 pagi kemudian dilihat memasuki pejabat SPRM untuk memberikan keterangan.

    Semalam, Setiausaha Politik beliau telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes tersebut.

    Sebelum ini, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan reman sejak 14 September lalu. - K! ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Richard Riot Tiba di SPRM Beri Keterangan Kes Penyelewengan RM40 Juta "