• Remaja Rohingya Dirogol, Mayat Dibalut Khemah Plastik

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+
    SITTWE – MYANMAR – Seorang remaja perempuan Rohingya didakwa jadi mangsa kekejaman seksual tentera Myanmar di tengah-tengah kekacauan ribuan etnik minoriti tersebut melarikan diri dari negeri Rakhine kini, terkandas di sempadan.

    Menurut Arakan News, mangsa berusia 14 tahun itu, diculik tatmadaw selepas dipukul tanpa belas kasihan di hadapan keluarganya, petik Sinar.

    Menurut saksi, ibu bapa remaja itu tidak dapat berbuat apa-apa ketika kejadian itu.

    Selepas dua hari insiden, van tentera dilihat mencampak remaja tersebut di tepi jalan berhampiran kampungnya.

    Ketika ditemui, mangsa yang dibalut khemah plastik sudah meninggal dunia dan dipercayai dirogol tentera.- suaratv

    Subjects:

  • No Comment to " Remaja Rohingya Dirogol, Mayat Dibalut Khemah Plastik "