• Rashford ledak gol penting England

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    LONDON: Rembatan babak kedua Marcus Rashford memberikan England kemenangan 2-1 ke atas Slovakia yang meletakkan mereka semakin hampir untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia tahun depan.

    England bagaimanapun terpaksa bangkit daripada ketinggalan satu gol selepas penyerang muda Manchester United itu menjadi punca kepada gol pertama Slovakia yang dijaringkan oleh Stanislav Lobotka.

    Jaringan antarabangsa Rashford muncul pada penampilan pertamanya ketika aksi persahabatan menentang Australia Mei lalu, tetapi gol keduanya ini amat bermakna kerana ia meletakkan England lima mata di depan Slovakia dalam Kumpulan F, dengan dua perlawanan berbaki.

    Sepakan sudut pemain 19 tahun itu disempurnakan oleh Eric Dier untuk gol penyamaan skuad kendalian Gareth Southgate itu di akhir babak pertama dan Rashford menebus kesilapannya dengan gol kemenangan minit ke-59.

    Sekali lagi England gagal menampilkan aksi meyakinkan tetapi kemenangan ke atas Slovenia di Wembley bulan depan akan menjamin tiket ke Russia. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Rashford ledak gol penting England "