• RAS Dipertingkat Untuk Tingkat Perkhidmatan Udara Di Sarawak - Liow

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+

    Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya akan mengkaji semula Perkhidmatan Luar Bandar (RAS) untuk meningkatkan akses perkhidmatan udara terutama di pedalaman Sarawak.

    Memetik laporan The Borneo Post, Liow berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mengkaji keseluruhan RAS di Sarawak.

    "Kami sedar akan keperluan untuk meningkatkan akses ke perkhidmatan udara di pedalaman Sarawak kerana terdapat banyak bandar kecil yang jauh dari bandar dan agak berisiko menggunakan helikopter.

    "Jadi kami akan terus mengembangkan operasi RAS tetapi kini kami sedang dalam proses mengkaji keseluruhan RAS di Sarawak," katanya.

    Menurutnya, ini adalah antara isu pembangunan sektor pengangkutan di Sarawak yang dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

    "Subsidi RM190 juta turut diperuntukkan bagi operasi RAS di Sabah dan Sarawak setiap tahun,"

    Tambag Liow lagi, pihaknya juga sedang mengkaji keseluruhan pakej perkhidmatan MASwings di negeri ini untuk melihat laluan yang masih memerlukan subsidi.

    "Kami akan meminta MASwings memberi tumpuan kepada laluan luar bandar dan pendalama seperti Ba Kelalan, Bario, Kapit, Miri dan Bintulu. Ini akan menjadi keutamaan laluan luar bandar yang akan disediakan dengan subsidi," ujarnya.

    Beliau berkata, kementeriannya komited untuk meningkatkan RAS di Sarawak mengikut kehendak kerajaan negeri yang mahu meningkatkan pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

    "Saya yakin dengan kajian semula RAS ini, Sarawak akan mendapat liputan pengangkutan yang lebih baik dan Ketua Menteri telah menyatakan bahawa beliau mahukan kawasan terpencil tambahan seperti Sadok berhampiran Betong," ujarnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " RAS Dipertingkat Untuk Tingkat Perkhidmatan Udara Di Sarawak - Liow "