• Rakyat Takut Najib Jadi “Tidak Tahu” Macam Mahathir

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sudah mendengar keterangan individu penting berkenaan skandal Forex yang menyebabkan negara kerugian RM32 bilion pada era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.

    Malangnya bukan sahaja Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri yang jadi tidak tahu, malah Anwar Ibrahim ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Tun Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan juga mengalami penyakit yang sama secara tiba-tiba.

    Bayangkan tampuk pemerintahan tertinggi negara dengan bangga dan santai mengatakan mereka tidak tahu terhadap kehilangan wang rakyat sebanyak lebih 30 billion.

    Bagi pembangkang, itulah sikap pemimpin yang mereka sangat kagumi, bila rugi mereka tak tahu, bila duit rakyat hilang mereka tak tahu. Apakah itu ceminan pemimpin bertangungjawab?

    Namun kini rakyat sudah memahami permainan politik pemimpin tersebut, dan mereka berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak meniru gaya politik sedemikian.

    Apa pun, persoalan tetap timbul bagaimana Mahathir boleh tidak tahu kehilangan wang tersebut, kerana sebagai Perdana Menteri segala hal negara patut diketahui oleh beliau. Inikan pula kehilangan berkaitan duit rakyat.

    Tambah parah lagi Daim yang sebagai Menteri Kewangan turut menjadi pemimpin yang “tidak tahu”.

    Yang peliknya lagi, pembangkang yang kononnya lantang memperjuangkan duit rakyat boleh bekerjasama dengan pemimpin yang tidak tahu menahu kerugian wang rakyat dalam scandal forex.

    Yang hilang dan rugi adalah wang rakyat, pembangkang bermati-matian mempertahankan Mahathir dengan mewajarkan kerugian tersebut dengan mengangkat Mahathir jadi pemimpin Pakatan Harapan.

    Mahathir tak tau kehilangan lebih 30 billion, tapi bagaimana beliau tahu Anwar meliwat dan berkali-kali bercakap di media berhubung aktiviti seksual Anwar?

    Bagi rakyat biasa, mereka sangat berharap Najib tidak terjebak dalam sindrom “Tidak tahu” terhadap ekonomi dan kewangan negara. – Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Takut Najib Jadi “Tidak Tahu” Macam Mahathir "