• Raikan Ulang Tahun Pertama Mas Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

    Published: Tuesday, 12 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Orang ramai khususnya rakyat di negeri ini dijemput datang ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh (SWC) di sini bagi meraikan sambutan ulang tahun pertama anak Orang Utan bernama Mas pada 16 September ini.

    Jurucakap SWC dalam satu kenyataan berkata, acara istimewa itu terbuka kepada semua dan tiada bayaran dikenakan memandangkan Mas dilahirkan pada 16 September tahun lalu yang juga merupakan Hari Malaysia.

    "Pelbagai aktiviti menarik diadakan bermula pukul 8.50 pagi sehingga 12 tengah hari seperti melihat orang utan makan dan memotong kek sempena hari ulang tahun Mas," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

    Mas merupakan seekor orang utan jantan yang dilahirkan ibunya bernama Analisa. - K! ONLINE

  • No Comment to " Raikan Ulang Tahun Pertama Mas Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh "