• PRU14: Calonkan Semula Joseph Salang

    Published: Monday, 18 September 2017
    A- A+

    Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang mendapat sokongan daripada ahli majlis tertinggi Parti Progresif Demokratik (PDP), Alexander Asing Sadai untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Salang dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Julau oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing untuk Barisan Nasional (BN).

    "Saya menggesa semua ahli parti komponen BN terutamanya dari PDP untuk mengundi beliau dan memberikannya majoriti besar," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Alexander menjelaskan, PDP dan PRS bersetuju untuk menyokong calon kedua-dua parti untuk manfaat BN.

    "Penduduk luar bandar perlu terus menyokong BN untuk lebih banyak peluang dan meningkatkan standard kehidupan.

    "Kita masih memerlukan bantuan kerajaan terutama infrastruktur, bantuan pendidikan dan perniagaan," ujarnya.

    Salang pula berkata, beliau tidak akan mendiskriminasikan pengundi yang menyokong dan tidak menyokong beliau sejak beberapa tahun lepas.

    "Saya akan terus melayan mereka seadil mungkin. Tetapi harapan saya, mereka yang tidak menyokong BN suatu hari nanti sudah pasti akan kembali," jelasnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: Calonkan Semula Joseph Salang "