• PRU14: BN Sarawak Boleh Menang Tambahan 2 Kerusi

    Published: Wednesday, 13 September 2017
    A- A+

    Barisan Nasional (BN) di Sarawak dijangka boleh memenangi tambahan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, dua kerusi tersebut melibatkan kawasan Parlimen Sibu dan Sarikei.

    Menurutnya, ia mengambil kira kemampuan BN di Sarawak memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua kawasan parlimen terbabit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

    "Mungkin ada tambahan dua kerusi. Apa yang pasti kemenangan BN tidak akan di bawah 25 kerusi.

    "Memang ada potensi BN di Sarawak akan memenangi 27 kerusi nanti (PRU14)," katanya.

    Pada PRU13, kedua-dua kerusi terbabit menyaksikan BN tewas kepada DAP.

    Bagi Parlimen Sarikei, BN menerusi Datuk Ding Kuong Hiing tewas kepada Wong Lig Biu dari DAP dengan majoriti tipis 505 undi.

    Parlimen Sibu pula menyaksikan Lau Lee Ming (BN) tewas kepada Oscar Ling Chai Yew dengan majoriti 2,841 undi yang turut disertai calon bebas, Narawi Haron.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PRU14: BN Sarawak Boleh Menang Tambahan 2 Kerusi "