• Proton Saga Aeroback Musnah Dalam Kebakaran

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Sebuah kereta Proton Saga Aeroback musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Semariang sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, ketika kejadian tiada individu berada dalam kenderaan yang diletakkan bersebelahan bengkel kejuruteraan bomba itu.

    "Kereta ini musnah keseluruhannya dan tiada sesiapa di dalam kenderaan semasa kejadian berlaku," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Proton Saga Aeroback Musnah Dalam Kebakaran "