• Program Jiwa Murni Sempena Sambutan Pesta Tasik Biru Tahun 2017

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    BAU: Batalion Kesepuluh Rejimen Renjer Diraja(10RRD) dan Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan(10RS) serta wakil-wakil daripada agensi-agensi kerajaan, swasta dan NGO telah menabur bakti di sekitar kawasan Tasik Biru dalam melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan sekitar Tasik Biru.

    Bagi melengkapkan cogan kata Briged Ketiga Infantri Malaysia iaitu 'Pengorbanan Keunggulan', kunjungan murni ini bertujuan memberi khidmat bakti kepada warga luar bandar Bau khususnya Tasik Biru agar dapat menikmati suasana persekitaran yang sihat serta bersih daripada ancaman penyakit yang tidak diingini.


    Program ini juga bertujuan merapatkan hubungan silaturrahim dan salasilah antara penduduk Bau dan Tasik Biru dengan agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun badan bukan kerajaan (NGO).

    Program ini bermula pada jam 2.00 petang, dimana setiap agensi kerajaan, swasta dan juga NGO berkumpul untuk membuat persediaan gotong royong. Sebagai permulaan rasmi, majlis ini dimulakan dengan ucapan serta taklimat oleh Kr. Wejok Tomik selaku Pengerusi Program gotong royong tersebut.

    Majlis seterusnya dilengkapi dengan ucapan perasmian oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jenip.

    Dalam ucapan tersebut, beliau amat berbangga dengan penyertaan setiap agensi kerajaan, swasta dan NGO dan berhasrat agar program seperti ini diteruskan dari masa ke semasa. Aktiviti gotong royong dimulakan di sekitar Tasik Biru dan berakhir dengan jamuan kepada petugas gotong royong.

    Turut hadir sepanjang majlis ini ialah Pegawai Memerintah Batalion Kesepuluh Rejimen Sempadan, Lt Kol Mohd Azli bin Sulaiman. - Sarawakiana



  • No Comment to " Program Jiwa Murni Sempena Sambutan Pesta Tasik Biru Tahun 2017 "