• Program Jiwa Murni Kerjasama Sekolah Kebangsaan Sebako Dan Rejimen Ke 510

    Published: Tuesday, 19 September 2017
    A- A+

    DARO: Seramai 9 anggota dari Rejimen 510 (AW) kem Sri Rejang terlibat dalam aktiviti gotong-royong membaik pulih Surau Darul Ajis, Sekolah Kebangsaan Sebako.

    Program ini juga disertai oleh 13 orang Guru dan 91 orang dari PIBG Sekolah Kebangsaan Sebako, yang merupakan salah satu daripada pendekatan Blue Ocean Startegy yang telah disarankan oleh pihak kerajaan.

    Aktiviti gotong royong telah dimulakan pada jam 0800 pagi dan berakhir pada jam 1500 petang. 

    Ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara anggota tentera dan masyarakat awam disamping membaik pulih surau tersebut. 

    Kerjasama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat khususnya pihak sekolah. 

    Turut hadir bersama semasa aktiviti berlangsung ialah guru besar Sekolah Kebangsaan Sebako iaitu En Khairul Anwar bin Abdullah.


  • No Comment to " Program Jiwa Murni Kerjasama Sekolah Kebangsaan Sebako Dan Rejimen Ke 510 "