• Program Digital Kenyalang Di 6 Lokasi Strategik - Fatimah

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+
    KUCHING : Kerajaan berhasrat untuk membawa dua inisiatif teras ekonomi digital iaitu eUsahawan dan eRezeki ke enam lokasi strategik di negeri ini, kata Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

    Menurutnya, lokasi yang terlibat adalah di bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Miri, Sibu dan Limbang.

    "Inisiatif ini diperkenalkan menerusi Program Digital Kenyalang bagi mendedahkan rakyat dengan pelbagai kaedah dan teknik untuk menjana pendapatan tambahan secara online," ujarnya.

    Tambah Fatimah lagi, dengan adanya program ini, semua usahawan-usahawan mikro akan dapat mengembangkan strategi pasaran produk mereka.

    "Jika dahulu pemasaran produk lebih kepada pendekatan tradisional tetapi dengan kini dengan adanya pendedahan dalan digital ekonomi, saya yakin akan adanya peningkatan dari permintaan luar terhadap ushawan-usahawan mikro ini," jelasnya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Program Digital Kenyalang di sini hari ini.

    Program Digital Kenyalang dilaksanakan melalui kerjasama Malaysia Digital Ekonomy Corporation (MDEC) dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Sarawak.

    "Kolaborasi dua hala antara kedua-dua pihak ini berimpak tinggi bagi memberi peluang meningkatkan ilmu dan kemahiran untuk menjana pendapatan dan mensejahterakan kehidupan rakyat,"katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Program Digital Kenyalang Di 6 Lokasi Strategik - Fatimah "