• Program Baru Bermula, DAP Sudah Kata Gagal

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+
    Sarawak telah merangka plan strategik untuk peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah seluruh Sarawak. Plan tersebut merupakan plan untuk jangka waktu lima tahun dan memerlukan sokongan pelbagai pihak termasuk parti-parti politik.

    Kerajaan Sarawak buat julung kalinya memiliki kementerian pendidikan sendiri di bawah kepimpinan Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong. Langkah awal yang diperkenalkan ialah Program Sekolah Rendah Angkat Bahasa Inggeris.

    Untuk menjayakan program tersebut, setiap lapisan masyarakat harus menyokong agar pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris akan menguasai bahasa tersebut dengan baik. Manyin turut menegaskan supaya pembangkang tidak mempolitikkan program tersebut kerana ia adalah agenda yang berimpak tinggi untuk pelajar di Sarawak.

    Namun DAP Sarawak tidak peka dan terus mempolitikkan isu tersebut. Program berkenaan baru bermula, DAP Sarawak melalui Pengerusinya Chong Chieng Jen terus mendakwa ia sebagai program yang gagal. Ini menunjukkan DAP Sarawak lebih gemar melihat dari sudut negatif usaha kerajaan tanpa mengkaji kesan jangka masa panjang yang baik untuk pelajar.

    Apa yang dilakukan DAP adalah untuk meraih undi agar rakyat melihat DAP lebih kehadapan membela rakyat tetapi pada hakikatnya ia hanya serangan politik dan DAP sendiri tidak memiliki perancangan yang betul untuk meningkatkan pendidikan pelajar. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Program Baru Bermula, DAP Sudah Kata Gagal "