• Presiden SABATI Lawat Pusat Latihan Dalam Komuniti (PPDK)

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+


    KUCHING: Presiden Badan Amal Tenaga Isteri-isteri Sarawak (SABATI) Datin Amar Dato Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang dan rombongan melakukan Kunjungan Muhibah ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Penrissen dekat sini, hari ini.

    Ketibaan Rombongan Sabati telah disambut oleh Ahli-alli BAKAT Darat serta Petugas PPDK Kem Penrissen diiringi dengan persembahan kebudayaan negeri Sarawak.

    Dalam Lawatan ini Presiden SABATI serta rombongan telah diberi taklimat ringkas oleh setiausaha PPDK Kem Penrissen dan kemudiannya dibawa untuk melihat kemudahan-kemudahan fasaliti serta beramah mesra bersama Pelatih-pelatih PPDK.

    Juma’ani turut menyampaikan sumbangan dari SABATI dan hamper kepada para pelatih serta meyerahkan Cek Sumbangan bernilai RM 2000 kepada Pengerusi PPDK Kem Penrissen Puan Nur Liza Yeo Abdullah.

    Majlis diserikan lagi dengan meraikan Sambutan Hari Lahir pelatih bagi bulan September. Seramai 14 orang pelatih diraikan dan memotong kek bersama-sama.

    PPDK Kem Penrissen telah ditubuhkan pada tahun 1997 yang pada mulanya dikenali sebagai PPDK Datin Dr. Zainab bertempat di Rumah Keluarga Angkatan Tentera RKAT. Pada tahun 2006 PPDK ini telah berpindah ke bangunan baru di Kem Penrissen dan kemudianya ditukarkan nama kepada PPDK Kem Penrissen pada tahun 2013 dengan jumlah pelatih pada masa kini seramai 116 orang.

    Turut hadir sepanjang lawatan tersebut Timbalan Presiden II Puan Sri Corinne Masing, Timbalan Presiden III Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Naib Pengerusi 2 Jemaah Tertinggi BAKAT Darat Datin Noraihan binti Ibrahim, Pengerusi BAKAT 1 DIV  Datin Jacqueline Peris, Pengarah JKM Negeri Sarawak Tuan Haji Abang Shamsudin Abang Serui  serta ibubapa Pelatih PPDK. - Sarawakiana
  • No Comment to " Presiden SABATI Lawat Pusat Latihan Dalam Komuniti (PPDK) "