• Prasarana Ekonomi Digital Terus Dipertingkatkan - Abang Jo

    Published: Thursday, 14 September 2017
    A- A+


    KUCHING: Kerajaan negeri terus komited mempertingkatkan prasana ekonomi digital di negeri ini seiring dengan peredaran masa dalam mentranformasikan ekonomi lebih kepada pengunaan digital bagi meningkat pendapatan di masa hadapan.

    Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagi memastikan para usahawan di negeri ini selangkah maju kehadapan satu bengkel khas yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) bagi memberi pengetahuan kepada para usahawan dan mendedahkan dengan kemahiran membuat iklan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram

    Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada MDeC kerana usaha mentransformasi ekonomi negara kepada pengunaan digital sebagai mengangkat pendapatan anak-anak di masa hadapan.

    Menurutnya, ianya penting bagi memastikan negeri ini lebih maju selangkah ke hadapan dengan mencipta sesuatu kelainan baharu dengan keadaan ekosistem perdagangan masa kini.

    Oleh yang demikian, beliau berkata kerajaan negeri ingin meningkatkan kelajuan internet dengan menggunakan micro setelit yang mana dengan adanya mikro satelit signal akan jadi lebih laju seterusnya memudahkan para usahawan mempromosikan hasil jualan masing-masing.

    “Pada ketika ini kita mesti mempertingkatkan kelajuaan internet samaada tower, cloud computing mahupun satelit mengikuti kesesuaian keadaan muka bumi.

    “Kedua kita mencari individu yang berbakat dan menubuhkan perkampungan digital dengan peruntukan sebanyak RM30juta,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perlancaran Ekonomi Digital 2017 di Pusat Konvensyen Penview dekat sini hari ini.

    Dalam perkembangan lain beliau berkata, peruntukan sebanyak RM1bilion bagi mempertingkatkan infrastruktur kelajuan internet menggunakan peruntukkan negeri dalam memastikan semua kawasan boleh menikmati internet.

    Abang Johari turut mengumumkan sebuah perkampungan digital akan dilancarkan di Sarikei pada 17 September ini, manakala undang-undang berkaitan Ekonomi Digital akan dibentang pada persidangan Dewan Undangan Negeri  (DUN), November kelak.

    Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Hajah Jumaini Tunku Haji Bujang, Ketua Eksekutif MDeC Datuk Yasmin Mahmood, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang, Dato Sri Wong Soon Koh dan dif-dif kenamaan yang lain.

    Pada majlis sama, beliau menyaksikan penyerahan MoU antara MDeC dan KOBIS diantara Naib Presiden, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Sumitra Nair, dan Pengerusi Koperasi Belia Inovatif Sarawak (KOBIS) Zaiwin Kassim -Sarawakiana
  • No Comment to " Prasarana Ekonomi Digital Terus Dipertingkatkan - Abang Jo "