• Porsche Pertama Tawar Roda Ringan Serat Karbon

    Published: Friday, 1 September 2017
    A- A+

    BERLIN – Porsche muncul menjadi pengeluar kenderaan pertama dunia menawarkan roda ringan anyaman serat karbon dan boleh didapati sebagai pilihan untuk Siri Eksklusif Porsche 911 Turbo S.

    Bahan teknologi bertekstur hitam itu boleh serasi sepenuhnya dengan lapisan pelindung varnis. Dengan itu, roda inovatif dihasilkan dengan berat 8.5 kilogram lebih ringan berbanding roda aloi standard atau kurang 20 peratus.

    Bahan itu juga malahan 20 peratus lebih kuat. Dengan berat berpegas yang dikurangkan, cengkaman tayar pada permukaan jalan juga lebih baik dan dioptimumkan dengan sempurna untuk menyerap daya longitud dan sisi.

    Menurut laporan media Jerman, putaran massa yang lebih rendah bermakna pecutan mahupun brek secara spontan kenderaan akan menjadi lebih baik dan hasilnya pasti meningkatkan keseronokan pengalaman memandu.

    Roda tersebut diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon yang diperkuatkan polimer (CFRP) itu pada dasarnya terdiri daripada dua komponen. Pusat roda sebenarnya diperbuat daripada fabrik serat karbon.

    Ia melibatkan pemotongan dan pemasangan lebih daripada 200 komponen individu. Komponen kedua ialah asas rim yang diperbuat daripada gentian karbon berpilin oleh mesin penganyam serat karbon terbesar di dunia.

    Bayangkanlah dengan diameter kira-kira sembilan meter. Pusat roda kemudian dianyam menjurus ke pangkal rim. Roda yang masih lembut itu dipasang dan dicampur dengan resin pada tekanan tinggi dan suhu tinggi.

    Roda yang sudah siap pula dikeringkan pada suhu tinggi diikuti proses penyejukan yang panjang. Kunci pusat kemudian dimasukkan ke dalam roda siap dan dilindungi dengan kemasan varnis.

    Porsche adalah pertama dalam industri automotif global menggunakan teknologi sangat kompleks ini. Teknologi penganyaman menawarkan kelebihan utama berbanding kaedah konvensional pembuatan fabrik serat karbon.

    Teknik sebegini menjadikan struktur bahan karbon lebih padat dan mantap dengan meningkatkan ketegaran. Ia menggunakan bahan dengan lebih cekap juga mengurangkan sisa buangan.

    Roda karbon yang baharu diperbuat daripada serat karbon sepanjang 18 kilometer atau lapan meter persegi fabrik serat karbon. Dari awal tahun 2018, roda karbon versi baharu akan tersedia sebagai pilihan.

    Ia ditawarkan kepada pemilik model Siri Eksklusif 911 Turbo S dalam dimensi 9 J x 20 untuk gandar depan dan 11.5 J x 20 untuk gandar belakang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

    Subjects:

  • No Comment to " Porsche Pertama Tawar Roda Ringan Serat Karbon "