• Polis Sarawak Terus Gempur Premis Loteri Haram

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    KUCHING: Operasi khas terus dijalankan Polis Sarawak untuk membanteras kegiatan penjualan loteri haram di negeri ini.

    Serbuan yang dijalankan melibatkan 33 premis dipercayai terlibat dengan kegiatan penjualan 4D haram.

    Dalam serbuan tersebut, polis berjaya merampas wang tunai berjumlah RM10,013, peralatan perjudian, telefon bimbit dan mesin pencetak mudah alih.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dato Dev Kumar berkata, serbuan tersebut dijalankan di Kuching, Kota Samarahan, Serian, Bau, Padawan, Simunjan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Meradong, Sibu, Bintulu, Limbang dan Lawas.

    "Dalam serbuan berkenaan pihak kami telah berjaya menahan seramai 36 individu yang terdiri daripada 16 wanita manakala selebihnya lelaki selain tiga daripadanya warganegara asing." katanya.

    Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 17 hingga 50 tahun dan akan disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.-Sarawakiana

  • No Comment to " Polis Sarawak Terus Gempur Premis Loteri Haram "