• Polis Sarawak Tahan 36 'Tahi' Judi

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    MIRI: Polis Sarawak menahan 36 suspek dipercayai terbabit dalam perjudian haram dalam serbuan yang dijalankan secara serentak semalam.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak (CID) Datuk Dev Kumar berkata daripada 36 suspek yang ditahan, 23 adalah lelaki manakala selebihnya adalah wanita berusia 18 hingga 51 tahun dan enam daripadanya adalah warga asing.

    “Kesemua yang ditahan disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Imigresen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata 26 serbuan dijalankan terhadap penjualan nombor ekor haram (4D) membabitkan penahanan 27 individu, rampasan wang tunai RM5,301, telefon bimbit, pencetak mudah alih, kalkulator, slip taruhan dan alat tulis.

    Selain 4D, Dev berkata tiga serbuan dijalankan oleh pasukan CID dari ibu pejabat di pusat judi siber di Kuching, Padawan dan Kota Samarahan membabitkan penahanan 9 individu dan rampasan 16 tablet yang digunakan untuk perjudian siber dan wang tunai berjumlah RM7,441.-BERNAMA
  • No Comment to " Polis Sarawak Tahan 36 'Tahi' Judi "