• Polis Rakam Keterangan Wanita 'Stereng-Lock

    Published: Sunday, 10 September 2017
    A- A+
    Polis merakam keterangan wanita yang bertindak mengugut pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya dengan menggunakan pengunci stereng.

    Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, proses itu telah dilakukan pada Sabtu malam.

    "Tiada tangkapan dibuat dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin," katanya.

    Beliau berkata, selain wanita berkenaan, kenyataan suaminya juga diambil di mana lelaki itu mempunyak kad OKU yang sah.

    Video insiden itu tular sejak petang Jumaat lalu, dipercayai tercetus selepas pegawai berkenaan mengunci tayar kereta wanita terbabit kerana diletakkan secara haram di hadapan sebuah restoran.

    Pegawai yang memakai jaket MPSJ itu dengan tenang menjelaskan kepada wanita terbabit bahawa dia telah meletakkan kereta di tempat yang salah.

    Walaupun telah dijelaskan tentang kesalahannya, wanita itu terus menjerit sambil menggertak pegawai tersebut menggunakan pengunci stereng.

    Kereta itu ditarik ke depot di Puchong sebelum suami wanita berkenaan membayar denda di majlis perbandaran dan meminta maaf atas tingkah laku kasar isterinya. -mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Rakam Keterangan Wanita 'Stereng-Lock "