• Polis Brazil tembak 10 perompak

    Published: Tuesday, 5 September 2017
    A- A+


    SAO PAULO: Polis Brazil menembak mati 10 suspek dipercayai ahli kumpulan perompak di kawasan mewah, di sini.

    Pasukan keselamatan dalam satu kenyataan berkata, kumpulan terbabit bertanggungjawab terhadap 20 kes curi dan rompakan di kawasan kejiranan Morumbi, iaitu lokasi kejadian berlakunya tembakan pada Ahad lalu.

    Saksi memberitahu media Brazil, ahli kumpulan terbabit yang bersenjatakan rifel berada di dalam sebuah rumah dan menjadikan empat penghuninya sebagai tawanan.

    Menurut laporan, semua ahli kumpulan terbabit cuba melarikan diri dan menyebabkan berlakunya insiden kejar-mengejar dengan pihak polis.

    Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada terdapat anggota polis yang cedera. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Polis Brazil tembak 10 perompak "