• Polis Bintulu Selesai Kes Pecah Rumah Babitkan Jumlah RM100K

    Published: Wednesday, 6 September 2017
    A- A+


    MIRI – Polis Bintulu berjaya menangkap suspek utama kes pecah rumah melibatkan kecurian barangan bernilai RM110,000 pada 29 Ogos lepas.

    Ketua Polis Bintulu ACP Zailanni Amit berkata suspek berusia 45 tahun itu ditangkap pukul 11.30 malam semalam di sebuah rumah di Taman Kemena Sutera, Jalan Sebiew Bintulu tidak jauh dari lokasi kejadian pecah rumah itu berlaku.

    Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata pemilik rumah berkenaan, seorang lelaki berusia 36 tahun, telah melaporkan pelbagai barangan dicuri bernilai RM110,000, antaranya pemotong besi, alat ganti jentera penggali, satu unit televisyen dan satu tong minyak enjin.

    “Semasa tangkapan suspek dilakukan, polis turut merampas pelbagai barangan lain di rumah suspek antaranya 32 batang aluminium dan satu unit alat pendingin hawa,” katanya. – BERNAMA
  • No Comment to " Polis Bintulu Selesai Kes Pecah Rumah Babitkan Jumlah RM100K "