• PM, TPM Sertai Sambutan Hari Malaysia Di Sabah

    Published: Friday, 8 September 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menyertai Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini.

    Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Pang Yuk Ming yang juga pengerusi jawatankuasa sambutan berkenaan berkata turut menyerikan majlis ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Hajah Norlidah RM Jasni.

    Menurutnya, pada tahun ini Sabah mengambil gilirannya menjadi tuan rumah untuk sambutan yang bermula pada 15 hingga 17 September ini, di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.

    “Kita sudah mendapat pengesahan bahawa Perdana Menteri dan timbalannya akan bersama-sama kita pada sambutan itu nanti.

    “Selain acara pemotongan kek serta ucapan rasmi daripada pemimpin, kita juga mengadakan siri konsert yang akan menampilkan beberapa artis terkemuka tanah air.

    “Untuk acara sebesar ini kita menyasarkan kehadiran lebih 10,000 ribu pengunjung,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Juhar di Istana Negeri pada Khamis.

    Turut hadir, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rusmadi Sulai. - UtusanBorneoSabah

    Subjects:

  • No Comment to " PM, TPM Sertai Sambutan Hari Malaysia Di Sabah "