• PM lepaskan Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya

    Published: Saturday, 9 September 2017
    A- A+

    SUBANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyempurnakan pelepasan tim tinjauan bagi Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya ke Chittagong, Bangladesh menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M di Pangkalan Udara Subang, di sini sebentar tadi.

    Tim berkenaan yang dianggotai enam pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM), seorang pegawai Kementerian Pertahanan dan seorang ahli badan sukarela iM4U, antara lain bertujuan mendapatkan gambaran sebenar dan mengenal pasti bentuk bantuan kemanusiaan yang mampu disediakan.

    Ia diketuai Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad.

    Penerbangan tersebut turut membawa barangan makanan seberat 12 tan sumbangan iM4U.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Md. Shahidul Islam. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " PM lepaskan Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya "