• PLKN 2.0 Kumpulan 3 bermula 30 September

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bagi Kumpulan 3 Siri 14/2017 akan bermula 30 September hingga 28 November ini.

    Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam kenyataan berkata, pendaftaran pelatih masuk ke kem PLKN akan diadakan serentak di seluruh negara selama dua hari pada Sabtu 30 September dan 1 Oktober.

    Menurut kenyataan itu, terdapat 77 pusat berkumpul di seluruh negara sebelum pelatih ke kem PLKN. Senarai pusat itu boleh disemak melalui laman sesawang di www.khidmatnegara.gov.my pada pautan hal ehwal pelatih dan klik pada jadual pusat berkumpul (pergerakan).


    "Pendaftaran kemasukan juga masih dibuka dan jabatan mengalu-alukan remaja yang lahir pada tahun 1999 dan dua tahun sebelumnya (1997 dan 1998) untuk datang terus ke 52 kem PLKN yang beroperasi pada hari tersebut.

    "Senarai kem PLKN yang beroperasi itu juga boleh dirujuk dalam laman sesawang jabatan. Sebarang masalah atau pertanyaan mengenai perkara itu boleh hubungi Pusat Panggilan JLKN di talian 03-40274000," menurut kenyataan itu.

    JLKN berkata, ibu bapa atau penjaga tidak perlu bimbang mengenai aspek keselamatan pelatih kerana setiap kem PLKN yang beroperasi mempunyai prasarana yang lengkap serta kondusif untuk latihan. Sepanjang program berlangsung, para pelatih akan sentiasa diawasi oleh jurulatih yang berkelayakan dan berkaliber.

    "Pelatih juga akan dilindungi insurans sepanjang latihan selama lapan minggu dan elaun latihan sebanyak RM200," kata kenyataan itu. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " PLKN 2.0 Kumpulan 3 bermula 30 September "