• Plat Unik AIM 1 Hingga AIM 1000 Dibuka Untuk Bidaan

    Published: Thursday, 7 September 2017
    A- A+

    Satu lagi siri nombor pendaftaran unik dibuka untuk bidaan di Malaysia iaitu A1M 1 hingga AIM 1000. Nombor plat istimewa ini adalah idea daripada Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk Irwan Shah Abdullah ataupun dikenali sebagai DJ Dave (empat dari kiri). Yayasan ini bertujuan memberi sokongan kepada artis tempatan yang telah berusia, mempunyai masalah kesihatan ataupun meninggal dunia.

    Borang permohonan untuk membida nombor plat ini boleh didapati melalui laman www.plata1m.com.my atau terus ke Tune Hotel PWTC di Kuala Lumpur. Jumlah deposti yang dikenakan untuk bidaan nombor plat ini adalah 10% daripada harga bidaan – ini juga adalah deposit paling rendah bagi plat istimewa. Tarikh akhir bidaan adalah pada 2 Oktober.

    Penjualan dan pemasaran nombor plat A1M dikendalikan secara eksklusif oleh D’City Planners, yang dilantik oleh yayasan tersebut. Satu majlis khas akan diadakan untuk mengumumkan pemenang nombor plat ini dan mereka akan diundang untuk menyertai satu majlis makan malam bersama artis tempatan. Antara plat istimewa lain yang pernah dikeluarkan sebelum ini adalah ‘RIMAU‘, ‘PERFECT‘, ‘NAAM‘, ‘VIP‘, ‘GT’, ‘U’, ‘US’, ‘SMS’ dan ‘PATRIOT’. - Paultan

    Subjects:

  • No Comment to " Plat Unik AIM 1 Hingga AIM 1000 Dibuka Untuk Bidaan "