• PKR Percaya Peluang Masih Ada Untuk Merampas Parlimen Baram

    Published: Friday, 15 September 2017
    A- A+

    Pertembungan 'satu lawan satu' menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PKR14) akan memberi peluang kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melakar kejutan sekaligus meraih kemenangan.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Parlimen Baram menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN Anyi Ngau, Roland Engan (PKR) dan Patrick Sibat (Bebas).

    Anyi menang dengan majoriti 194 undi.

    "Pertembungan (satu lawan satu) akan memberi peluang kepada calon BN dan PKR membuktikan kemampuan dan melihat penerimaan masyarakat di Baram," kata Setiausaha PKR Baram Dennis Along dipetik menerusi The Borneo Post.

    Menurutnya, pertembungan satu lawan satu di kerusi terbesar Orang Ulu juga akan memastikan isu di lapangan diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

    Beliau mendakwa berkemungkinan terdapat calon bebas akan diturunkan sebagai usaha untuk memecah undi.

    "Jika trend menurunkan calon bebas berterusan, ia akan memberikan margin kecil untuk meraih kemenangan kepada parti politik," ujarnya.-Sarawakiana


    Subjects:

  • No Comment to " PKR Percaya Peluang Masih Ada Untuk Merampas Parlimen Baram "