• PKR Anggap Naik Pesawat Tentera Sebagai Penghinaan

    Published: Thursday, 28 September 2017
    A- A+

    Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menerima tamparan hebat daripada pengguna Facebook selepas kenyataan dikeluarkan Ketua Penerangannya, Vernon Kedit hanya sesuai untuk pelajar sekolah rendah.

    Vernon sebelum ini mempertikaikan kunjungan pemimpin masyarakat dari Sarawak ke Kuala Lumpur yang menggunakan pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Harry Frederick yang turut berkongsi posting dibuat Vernon berkata, pesawat tersebut bukan kapal terbang biasa.

    "Ini merupakan pesawat A400M RMAF (TUDM) yang canggih dan diiktiraf. Kita merupakan antara lapan negara yang memilikinya.

    "Sebenarnya adalah membanggakan dapat terbang menggunakan pesawat ini, kebanyakan kita hanya mampu melihat sahaja dari jauh," katanya.

    Menurut Frederick lagi, walaupun mempunyai wang, mustahil untuk membeli tiket bagi pesawat tersebut.

    "Saya tidak mahu mengundi BN (Barisan Nasional), saya memerlukan pembangkang yang bijak di Sarawak. PKR memandang rendah individu yang menggunakan pesawat ini secara tidak langsung merendahkan tentera kita yang menggunakannya.

    "Jangan anda lupa terdapat ramai Iban yang menjadi tentera," ujarnya.

    Dalam pada itu menurutnya, Pengerusi DAP Lim Kit Siang sebelum ini mempersoalkan mengenai hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kemudiannya Tun Mahathir Mohamad mahu rundingan semula diadakan manakala baru sekarang PKR membangkitkan isu.

    "Sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Saya amat memerlukan pembangkang di Sarawak yang lebih bagus dan bijak. Harapan setinggi gunung...berderai menjadi abu," jelasnya.

    Vernon sebelum ini membuat posting 'Najb flies Iban tuai rumahs, penghulus, and grassroot leaders to KL today using RMAF plane??? Bah! Ngena bilun tentera pia? Najib nadai duit agi sponsor ngena MAS pia ??? Kati ngulu temuai ngena bilun baka tu? Sigi NGEMARUHKA PANGKAT Tuai Rumah aja sida BN! Enchelak mata oh Dayak!,".-Sarawakiana
  • No Comment to " PKR Anggap Naik Pesawat Tentera Sebagai Penghinaan "