• Petronas Carigali Dapat Kelulusan Bida Projek Di Brazil

    Published: Wednesday, 27 September 2017
    A- A+

    SAO PAULO: Pengawal selia industri minyak Brazil, ANP memberikan kelulusan kepada Petronas Carigali Sdn Bhd dan 10 syarikat lain untuk membida hak penerokaan dan pengeluaran di kawasan rizab minyak laut dalam "pre-salt" luar pantai negara itu.

    Daripada 11 syarikat itu, 10 yang diberikan kelulusan adalah syarikat asing manakala satu lagi syarikat Brazil, kata ANP dalam satu kenyataan.

    Semua syarikat berkenaan mempunyai kontrak penerokaan dan pengeluaran minyak dan gas di Brazil, kecuali Petronas Carigali, kata pengawal selia itu.

    Pusingan kedua dan ketiga bidaan bagi kawasan terbabit dijadualkan pada 27 Oktober ini.

    Dalam istilah petroleum Brazil, terma "pre-salt" merujuk kepada deposit minyak luar pesisir berskala amat besar.

    Ia terletak beberapa batu di bawah permukaan Lautan Atlantik, menjadikan penerokaannya satu cabaran dan menelan kos tinggi.

    Syarikat lain yang diberikan kelulusan ialah BP Energy of Brazil Ltda, CNODC Brazil Oil & Gas Ltda, ExxonMobil Exploration Brazil Ltda, Petrogal Brasil SA, PetrĂ³leo Brasileiro SA, QPI Brazil PetrĂ³leo Ltda, Repsol Exploration SA, Shell Brazil Oil Ltda, Statoil Brazil Oil & Gas Ltda, Total E & P do Brasil Ltda. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Petronas Carigali Dapat Kelulusan Bida Projek Di Brazil "